BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Total Pageviews

Thursday, November 18, 2010

JEBAT YANG SETIA

Binalah kembali menara gading mu yang hampir roboh akibat buruk jaga dengan Jebat hulubalang setiapada kawan dan bangsa.
Berani mati iaatas kebenaran.Tapi taatnya ada batas.
Biarkan Jebat yang berkawalpada segenap pintu menaramuyang dua puluh itudengan keristersarung pada pinggang.
Usah kau curigapada setia si Jebat.Hatinya takkan membarajika tidak kau bakar.
Tidak derhaka iakalau tidak teraniaya

Kata mereka: "Jebat derhaka patut terima padah.
Kata Mak Tuah: "Jangan Jebat, Tuah sudah tiada, Jangan pula kau mengikut jejaknya."
Kata Jebat: "Kematian Hang Tuah mesti kami tuntut bela Mak Long." dan "Sebenarnya Hang Tuah tidak mati, dia tidak boleh mati, dia hidup dalam tiap jiwa tiap-tiap orang." dan "Jebat Tak kan mati, hanya Tuah sahaja yang boleh membunuh Jebat." dan "Tuah akan ku bela Jebat akan bermaharajalela." dan "Suatu masa nanti kalau sesiapa bertanya kenapa Jebat menderhaka tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil." dan "Kerana kaulah aku berbuat ini semua Tuah." "Kalaulah aku tahu kau masih hidup Demi Allah dan Rasul tidaklah aku berbuat demikian Tuah!"
Kata sultan Melaka:"Kalau Hang Tuah ada, dialah yang dapat menghapuskan malu."
Kata orang-orang Melaka: Hidup Hang Tuah, Hidup Laksamana.
Tetapi apa pula kata Hang Tuah?
Kata Hang Tuah:"Di dalam tubuh saya hanya mengalir satu perasaan saja iaitu taat setia pada raja saya." dan "Saya akan menanggung kesal seumur hidup" dan terakhir: "Saya tidak menangis dan saya tak mau menangis. Jika saya mengeluarkan semua air mata saya pun tak kan dapat membasuh lumuran darah pada tubuh si Melur dan Jebat. Mereka telah mengorbankan nyawa mereka kerana kematian saya padahal saya masih hidup! Siapakah yang benar? Jebatkah benar? atau Akukah benar?"


0 comments: